Friday, January 27, 2012

Maklumbalas dari majlis perbandaran sepang

Unit Pengurusan Aduan aduan@mpsepang.gov.my
11:39 AM (7 minutes ago)

to me, admin

Terima kasih atas pertanyaan tersebut,

Untuk makluman, adalah menjadi satu kesalahan jika memelihara anjing di TOWNHOUSE DI LEVEL ATAS akan tetapi dibenarkan untuk memelihara anjing jika pemilik anjing tinggal di bahagian GROUND FLOOR. Bilangan anjing yang dibenarkan untuk dipelihara adalah sebanyak 2 ekor anjing sahaja bagi kawasan perumahan yang mempunyai keluasan kurang 1000 meter persegi dan 4 ekor anjing sahaja bagi keluasan yang melebihi 1000 meter persegi dan diwajibkan untuk melesenkan anjing peliharaan tersebut. Selain itu, pemilik anjing hendaklah menyediakan sangkar anjing bagi anjing yang dipelihara.

Sekian dimaklumkan.

Unit Pengurusan Aduan

Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat

Majlis Perbandaran Sepang

Persiaran Semarak Api

Cyber 1, 63200 Cyberjaya

Selangor

T: 03 8319 0200/0300 ext 432/430

F: 03 8319 0220

e: aduan@mpsepang.gov.my



to Unit, admin, noriqram, zelda
Salam
Terima-kasih atas maklumbalas di bawah. Saya ingin bertanya adakah menjadi satu kesalahan memelihara anjing di TOWNHOUSE?

No comments:

Post a Comment